AAC yg terkesan di hati…

March, 14, 2008 at UTC4903UTC p20085431UTC14: | Posted in 1, pustaka mawarbungsu... | Leave a comment
AyatAyatCinta Buku karangan Habiburrahman El-Syirazi ini bagus untuk pencinta sastera atau yg hobinya khatam novel…

Memang saya agak lambat mula membacanya, krn kurg minat tp akhirnya tergoda dgn iklan filem Ayat2 Cinta di Indonesia ini, so sy gagahi membacanya…mengingat buku ini pertama kali terbit tahun 2004, tapi buku ini tetap menarik untuk dibaca. wp kurg minat dgn novel yg tebal2, tapi bila mula membaca, timbul perasaan harus bc smpai selesai…sbnrnya, boleh dikatakan, ini buku paling menarik yang pernah sy baca.

Kalau dilihat dari santun bahasanya yang tinggi, buku ini boleh digolongkan sebagai karya sastrea yang bukan sembarangan penulis @ penyair sanggup membuat karya seindah itu, apalagi dipadukan dengan filsafat Islam, Al-Quran, perpaduan kultur budaya timur tengah, betul2 penuh makna, berkesan dan menyentuh hati.

Jujurnya, sy menitis airmata setelah selesai membaca novel ini, itulah jg pertama kali sy menangis kerana membaca novel!! biasanya sy lemas dan kurang suka dgn cerita percintaan, tapi kali ini betul2 menyerap ke kalbu… sempat berangan tuk menjadi penulis yg mampu membawa mesej dakwah dlm bntuk novel spt Habiburrahman El-Syirazi…

Penulis novel berhasil menggambarkan indahnya Islam sebagai agama perdamaian, tidak sekadar agama yang dibawa oleh Muhammad, dengan kesantunan bahasanya, dia dapat meluruskan polemik Islam di dunia barat, dengan penjelasan sederhana (dari pemahaman orang awam) dia menjelaskan kehebatan Islam dgn baik dan konkrit…

Selamat Membaca kepada semua…tak rugi cuba membaca novel ini…itulah yg saya rasakan…
Advertisements

pesan2 hikmah…

January, 21, 2008 at UTC3601UTC p20084431UTC21: | Posted in pustaka mawarbungsu... | Leave a comment
Tags:

Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia.” — Imam Al-Ghazali

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)

“Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, ia mulai menyapamu dahulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yg menimpa dirimu, ia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu” -Wasiat yang diberikan oleh al-Qamah kepada anaknya-

Hadis Abdullah bin Mas’ud r.a: Hadis Abu Musa r.a: Daripada Nabi s.a.w baginda bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang yang soleh dan berkawan dengan orang yang jahat adalah seperti seseorang yang membawa minyak wangi dan seseorang yang meniup dapur tukang besi. Orang yang membawa minyak wangi, mungkin beliau akan memberikannya kepadamu atau mungkin kamu akan membeli darinya dan mungkin kamu akan mendapat bau yang harum darinya. Manakala orang yang meniup dapur tukang besi, mungkin beliau akan membakar pakaianmu dan mungkin kamu akan mendapat bau yang tidak elok .

Blog at WordPress.com.
Entries and comments feeds.